:::Jom KLik Banyak2:::

Wednesday, November 24, 2010

Pengorbanan & Perjuangan

Link FaceBook

Due date: 17 Nov 2010
Admited: 24 Nov 2010
Time: 9.00am
Room: Lily
Doctor: Dr Dayang
Hospital: KPMC Puchong

24 Nov 2010
6.00am
Pagi tue aku bgn mandi n siap2kan smua brg2. Kemas2 brg mana yg patut. Sbb nnti pantang kat s.a.

8.00am
Kuar umah n g b'fast dgn wan kat kedai Mamak Bandar Puteri.
Menu: Milo kaw suam n telur stgh masak 2biji

9.00am
Masuk bilik, salin bj n rest.

10.00am
Doc cek perut. Masuk 1st INDUCE. Aku agak takut coz dulu 1st bby aku sakit sendiri tp 2nd bby nie aku xd rasa CONTRACTION jd kena la induce.
Time masuk ubat tue xd la sakit coz ubat tue xd la besar mana pun.
Lps masuk ubat aku kena baring je kat katil n luruskan kaki selama 1jam. Xleh bgn lngsng.

11.00am
Doc kata dh blh bgn, time nie la nk g toilet puas2 coz lps nie dh xblh bgn. Doc kata induce nie ikut org juga, ada yg awal dh rasa sakit, ada yg 2-3kali induce br rasa sakit contraction.
Aku smpat la pusing2 area wad aku.

11.15am
Aku dh dpt rasa 1st CONTRACTION. Every 15mins, rasa CONTRACTION.

12.00pm
Aku dh rasa 4 CONTRACTION n makin kerap ke 10mins n 5mins.

1.00pm
Rasa contraction dh makin kuat, aku dh teringat masa 1st bby dulu mcm nie la sakit contraction, tp sakit nie 2kali ganda rasanya.
Wan panggil doc, dia tgk aku dh sakit sgt. Doc cek bukaan dh 5cm.
Doc bg ubt berak tp xleh lama kat toilet coz bukaan aku cpat sgt.
Doc kata aku cpat rasa contraction coz bby aku mmg dh ada kat pintu rahim,cuma aku xd rasa contraction je.

1.30pm
Sakit contraction dh makin kuat. Aku minta masuk labour room.
Masa tue ramai plak org nk b'salin, labour room pun blh penuh tp aku minta gak sbb aku dpt rasa bby dh nk kuar.

1.45pm
Aku masuk labour room. Doc pecahkan air ketuban n masukkan air, aku xrasa sakit coz rasa sakit contraction tue lbh kuat.
Doc nk inject ubt tahan sakit kat punggung td tp xsmpat coz aku dh rasa nk meneran, kelam kabut Doc n nurse smua. Diorg ingat aku lmbt lg coz td cek br 6cm.

2.11pm
Dgn skali teran n 2kali curi nafas, aku selamat melahirkan ank lelaki kedua ku dgn berat 2.9kg.
Alhamdulillah, aku b'syukur kpd mu Ya Allah krn mempermudahkan n menyelamatkan aku n bayi ku! Amin..

Lps tue Doc kuarkan URI n jahit. Kali nie Doc xpotong, tmpt jahitan lama terbuka sendiri, cuma jahit je. So jahitan xd la sakit sgt mcm yg 1st baby dulu.
Dlm 3pm, aku kuar dr labour room n masuk bilik. Kepala pening skit coz darah byk kuar.




So skrg nie kesimpulannya, setiap kali kita bersalin, rasa sakit tue xkan sama. Even 1st baby, 2nd baby, 3rd baby or lebih. Yg 1st dulu aku bersalin normal 100% tp yg 2nd baby nie aku bersalin normal gak but dgn bantuan ubt INDUCE sbb aku xd rasa CONTRACTION langsung. Tp 1st INDUCE aku dh ada rasa nk bersalin. Ada org yg 2nd INDUCE br ada rasa nk bersalin n ada yg 3rd INDUCE. InDUCE nie 3kali je. Klu 3rd INDUCE xd rasa CONTRACTION nk bersalin gak, kena la czer. Alhamdulillah, aku 1st INDUCE aku dh rasa CONTRACTION. So pengalaman aku bila amik INDUCE nie rasa sakit contraction tue lbh kuat lg dr yg biasa, tp bersalin senang n cpat. Aku kat Labour Room dlm 26mins je, then terus bersalin. 1st baby dulu tue dlm 2hrs juga la. Yg 1st baby tue senang nk bersalin tp yg 2nd nie lg senang tp rasa sakit dia lbh kuat dr yg 1st abby dulu tue, 2kali ganda.
Apa2 pun, skrg dh slmt melahirkan..Alhamdulillah..Amin

Monday, November 1, 2010

happy bday Muhammad Affique Rizqi - 1yr

Happy bday ank bujang ummi n ayah..
Affique skrg dh setahun..ummi n ayah syg Muhammad Affique Rizqi..
Ummi doakan ank ummi jadi ank yg soleh n berjaya dlm hidup didunia n diakhirat..insya'Allah..amin

Thursday, September 30, 2010

32weeks (8months)

Hari isnin, 3hari lepas, aku genap 8bulan. Doc kata ada kemungkinan kali nie aku bersalin awal sebab perut aku dh turun bawah. Lagi pun ramai yang cakap, anak no.2 nie cepat bersalin dan senang bersalin. Insya'Allah, doa2kan la aku selamat bersalin dan bersalin cukup 9bulan k..:)

Baru2 nie aku ada terjatuh, tergelincir..luckily la aku tak jatuh terduduk. Aku jatuh terbaring tp aku sempat la tahan pakai siku aku nie..so tak ada la jatuh yang teruk sangat. Jatuh sebelah punggung kanan. Agak kuat juga la hentakan tue sampai orang lain boleh tau aku jatuh. Aku nangis time jatuh tue sebab aku takut dan risaukan anak dalam kandungan ku nie. Tapi Alhamdulillah, lepas pergi check-up, doc kata baby dalam kandungan aku ok. Aku pun tak ada tumpah darah, Alhamdulliah.. Cuma badan aku malam tue sakit sangat, sampai tak boleh tidur dibuatnya. Wan kesian tengok aku tak boleh tidur, last2 dia tolong sapu minyak. Actually dia takut juga nak sapu minyak, takut ganggu baby dalam perut ke or tersalah picit ke kan. Tapi dia sapu juga minyak cuma tak picit la. Aku sendiri pun takut2 juga. Tengah pagi tue lepas sapu minyak, baru la aku boleh tidur. Lega sangat dapat tidur. Tapi 2-3hari tue berulang benda yang sama, susah nk tidur. So kena la hari2 sapu minyak.

Sekarang nie apa yang penting, aku harap bayi dalam kandungan nie sihat dan selamat. Semoga aku dipermudah untuk bersalin bila dah cukup 9bulan nanti dan aku berharap anak aku sihat bila dah keluar nanti. Kawan2 semua tolong doakan untuk aku k. (Semoga aku dan bayi dalam kandungan ku selamat..amin)

Esok Anak Bujag ku Genap 11bulan

Dh lama juga la aku tak meng'update' blog nie. Hari2 aku on9, tp tak ada idea nak tulis apa. Nama je on9 hari2, tp tak ada la aku mengadap PC 24hrs.

Ok, jom smbung cerita tentang anak bujang ku yang bernama Muhammad Affique Rizqi. Esk dia genap 11bulan. Cepat betul masa berlalu kan. Kejap je anak aku dh 11bln dan lagi sebulan dia dh setahun..wahh3 HAPPY!
Malam td Affique tidur lewat, gara2 aku melayan DVD, dia pun melayan sama..hehe
Disebabkan Affique mengantuk sangat, dia bgn menyusu 2kali je..tue pun dia minum sikit sgt sebab mata ngantok tp nk susu..hehe
Kelakar..seronok dpt melayan gelagat ank bujang ku nie..bukannya lama pun rasa suasana dan keadaan macam nie. Nanti dia dh besar, sure aku rindu saat melayan kerenah dia masa dia kecil.

Sejak kebelakang nie, Affique tidur dia akan himpit ayah dia tidur..nak cari bau ayah dia la tue. Dulu klu dia tidur, sure nk cari bau aku tp kebelakangan nie dia dh lain. Seolah2 dia dpt rasa yg dia dh nk ada adeq tak lama lagi..sure dia dapat rasakan..
Nak plak kalau time dia tidur kat riba aku, adeq dia dalam perut nie dok tendang2 dia. Kadang2 Affique marah sebab adeq dia tendang perut aku dan ada time Affique nangis pun ada. Then bila aku angkat dia letak kat sofa or tilam, baru dia tak marah dan berhenti menangis..cian ank bujang aku sorang nie. Apa2 pun, dia tetap no.1 sebab diakan yang sulung. Tapi kasih sayang aku pada ank2 akan ku berikan sama rata..insya'Allah (Doa2kan la ye)

Affique dah pandai merangkak since dia 9bulan, ujung 9bulan la. Masuk je 10bulan, dia dah betul2 laju merangkak. Then dia dah tubuh gigi bawah 2batang dan mulut dia tersangat la bising sekarang nie. Entah apa yang dia cakap pun aku tak faham..hehe
Bangun je tidur, mulut dia dah membebel. Dia dh Pandai memanggit dan tegur orang, tp sepatah2 la..macam 'mak' 'ayah' 'mama' 'abah' 'bapak' 'abu' 'atok' 'nak' 'kak', tue la yang dia pandai sebut buat masa nie. Ada time dia panggil aku mak, ada time panggil mama, yang pastinya dia belum pandai panggil ummi lagi. Perkataan tue memang susah la baby nak sebut. Tak apa, take time la semua tue kan..slow2..
Dia juga dah start memanjat dan berdiri tp belum kuat lg la..
Dalam keadaan dia nak membesar dan buat keje nie, dia memang dah banyak kali jatuh dan terhantuk sana sini. 1st2 tue aku memang panic sangat tp bila aku tengok anak org lain pun macam tue juga, baru aku redha nak melepaskan dia buat keje. Aku takut kalau apa2 jadi kat ank aku time dia buat keje tuekan, ye la, siapa la yang tak sayang ank kan..hehe (since aku kecil lg, aku mmg suka baby dan budak, bukan suka, gila budak..hehe)

Aku sekarang mengandung 8bulan. Due date aku lebih kurang bday Affique. So aku harap sangat la, aku sempat nk celebrate bday Affique dulu before bersalin. Cian plak Affique kalau lewat celebrate bday dia kan. Doa2 kan aku k kawan2..:))

Friday, July 30, 2010

Kehidupan

Topik hari nie tentang kehidupan. Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman yang tak boleh dijual beli. Pangalaman baik mahu pun buruk, ia akan mempengaruhi kehidupan kita. Terpulang pada kita macam mana kita nak gunakan pengalaman yang kita ada. Kadang bila dah ada pengalaman buruk, mereka akan jadikan ia penghalang kepada kebaikan. Sebenarnya itu adalah salah. Dari pengalaman buruk tue sepatutnya kita kita jadikan ia kekuatan dalam diri kita supaya lebih berusaha kearah kebaikkan dan kehidupan yang lebih sempurna. Dan pengalaman yang baik pula tak akan sentiasa baik. Kalau kita salah gunakan pengalaman yang kita ada, mungkin ia boleh membawa kearah yang tidak baik juga. Sebenarnya ia terpulang pada diri kita sendiri, macam mana kita nak bentuk kehidupan kita samada kearah kebaikan atau pun kearah keburukan.

Thursday, July 15, 2010

Affique Rizqi 8months

Anak bujangku kini 8bln 2mggu..
Dia makin bijak mencari kerja, tak diam duduk langsung, ada je kerja yang dia nak buat. Ayah dia banyak belikan main tapi, ish3..dia cepat boring dengan mainan dia. Kalau dalam kereta, dia duduk kat car seat, dia tak duduk diam..kena bagi dia main baru dia ok. Kalau banyak mainan, kena bagi dia satu2 persatu, kalau bagi sekali gus banyak2, memang dia campak semua main dia..hehe
Dia akan buang ketepi, tempat yang kita susah nak ambil. Pandai dia. Sebab dia tahu kalau dia buang kat tempat yang kita senang ambil, nnti kita akan bagi dia main mainan tue balik. Dia memang bijak.

Time tido plak dia pandai nak ada orang sebelah dia. Dia nak aku ada sebelah dia tapi kalau ada ayah or mama dia, dia ok gak la..tapi mata dia akan mencari aku, dia akan terjaga. Lepas aku dah datang kat dia, dia akan tido balik and peluk aku. Dia memang tido peluk aku, tangan and kaki peluk aku..chomey sangat aku tengok ragam dia. Dia memang sangat manja dengan aku. Terlalu manja, seolah2 dia dapat rasa yang dia dah nak ada adeq. Dia nak kepit je dengan aku. Walau aku busy kerja n buat kerja rumah, aku tetap luangkan masa untuk dia, tengah malam kalau aku bangun buat susu dia, dia pun akan terjaga sama..tunggu aku datang bawa susu. Bila dah minum susu, mata dia dah mengantuk balik, tapi aku sengaja akan bermain dengan dia. Mata dia ngantok n sayu tapi dia tetap gelak and main dengan aku. Contohnya bila aku nyayi lagu, dia akan tepuk tangan..hehe
Mata lelap tapi tangan gerak..lawak je..:D

Itu la gelagat anak bujang ku. Dia la pengubat keletihan ku. Walau macam mana penat pun aku bila balik kerja, bila tengok muka dia, terus sejuk hati aku. Dia segalanya untuk ku. Dia nyawa ku. Walaupun dia dah nak dekat dapat adeq, aku tetap akan layang dia no.1 sebab dia yang sulung, mesti diutamakan. Tapi kasih sayang ku sama rata. Dua2 pun anak.
Insya'Allah, aku akan berikan sepenuh kasih sayang kepada anak2 ku. Dan doa kan la keselamatan ku dan anak2 ye..:)

Monday, July 5, 2010

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Kebelakangan ini, banyak yang aku terdengar anak-anak saudara aku dan anak rakan ku yang terkena penyakit ini. Aku berasa sungguh risau. Memang tak berani nak bawa Affique keluar rumah. So, aku cuba cari infomasi dari internet berkenaan penyakit ini. Mari kita kongsi bersama. Jadi selepas ini, ibubapa harus lebih memberi perhatian terhadap kebersihan anak-anak kita supaya tidak dijangkiti penyakit yang berbahaya.

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Punca
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
  • Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan
Tiada rawatan khusus

  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu:-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Informasi boleh didapati melalui:-
  • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
  • Klinik-klinik kesihatan
  • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
  • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites


***Hanya untuk pengetahuan umum. (Penyakit ini kerab terkena kepada bayi, ibubapa harus mengambil langkah berjaga-jaga.)

Tuesday, June 29, 2010

Affique nak masuk 8bulan

Lagi beberapa hari je lagi Anak bujangku, Muhammad Affique Rizqi dah nak masuk 8bulan. Dalam 1/2hari je lagi. Sungguh cepat masa berlalu, anak bujangku kini makin membesar. Alhamdulillah..:)
2-3hari ini aku tengok gusi dia bengkak, 3tmpt bengkak, maybe 3batang gigi nak tumbuh. Air liur pun meleleh je. Semua benda pun dia nak gigit, sampai kan aku pun dia pandai nak gigit..hehe
Seronok tengok anak bujangku dah makin membesar. Macam-macam kerenah. Yela, dia dah nak masuk 8bulan. Sikap dan kerenah anak ini every time berubah-ubah.

Bila aku kira-kira, lagi 4bulan je anak bujang aku dh nak setahun plak. Wahh..sangat tak sabar. Tapi dalam pada tak sabar itu baru aku teringat masa Affique nak setahun itu, dia akan dapat adeq juga. Genap je dia setahun, terus dapat adeq. hehe
Tak apa, dia kan abang..so dia kena pandai berdikari dan jaga adeq. Nanti cepat la dia pandai berdikari. Apa-apa pun, Umii doakan Affique supaya jadi anak yang soleh, beriman dan bertaqwa. Amin.

Friday, June 25, 2010

Cahayamata Ku

Allah telah memurahkan rezeki aku dan hubby.. Allah telah memberi kami seorang lagi cahayamata..
Alhamdulillah, aku bersyukur..
Walau pun masih terlalu awal untuk kami dapat baby tapi semua nie ketentuan dari Allah. Kita sebagai umat seharusnya menerima dengan hati yang terbuka. Buat apa untuk aku menolak rezeki yang diberi Allah? Sedangkan ramai lagi yang diluar sana yang inginkan anak tetapi belum sampai rezeki mereka.

Pada mulanya, ramai yang agak terkejut dan berkata ia terlalu awal. Tapi pada aku semuanya berlalu tanpa dirancang dan ia pemberian dari Allah, tak mungkin aku menolaknya. Memangla orang boleh kata, mereka merancang lagi 2-3tahun tapi tak semestinya lagi 2-3tahun mereka akan dapat anak lagi. Kalau Allah dah kata Allah nak bagi anak itu dalam masa setahun, lagi setahun la dapat. Dan kalau Allah kata lagi 2-3tahun Allah tak nak bagi anak, tak ada la kita dapat anak lagi 2-3tahun..Betul tak?

Apa yang kita rancang, tak semestinya jadi dan apa yang kita tak rancang selalunya jadi. Semua itu ketentuan dari Allah. Mana mungkin kita boleh menolak ketentuan yang Allah dah tetapkan untuk kita. Kita sebang manusia kena redha.

Ada juga yang berkata nak bagi anak dia kasih sayang yang secukupnya. Kenapa kalau dah bertambah anak kita dah tak boleh bagi kasih sayang yang secukupnya ke? Sebenarnya bila kita ada anak lebih dari seorang, kita akan lebih menyayangi mereka dan akan lebih memberikan kasih sayang kepada mereka dengan secukupnya. Tengokla macam mana parent kita membesarkan kita dan adik beradik yang lain..ada yang tak cukup kasih sayang ke? Dari situ kita cuba berfikir.

Jangan kita ini pandai bercakap je tapi tak pandai buat. Kadang2 orang2 nie pandai bercakap je, bila cakap dia je yang betul dan dia je yang tau. Patutnya kita ini kena tengok dan belajar dari mereka2 yang lebih berpengalaman. Kalau baru 1st time jaga anak jangan la nak tunjuk pandai sangat. Belajar dari mereka yang dah banyak pengalaman. Ini tidak, kekadang tue ada bila orang tua2 kata sesuatu, mereka asyik kata itu mitos je. Tapi mereka tak sedar ke orang yang bercakap itu lebih tua dari dia dan dah lalui perkara itu sebelum dia lagi? Entah la..manusia ini macam2 ragam. Tak terkata dibuatnya.

Tak apa la..aku redha dengan semua pemberian dari Allah. Dan insya'Allah, aku akan lebih berfikiran terbuka lepas nie. Semua dugaan yang Allah telah berikan dan yang bakal Allah berikan, akan ku cuba sedaya upaya yang boleh. Dan Insya'Allah, dengan sokong dan dorongan dari family (mama, papa, kakak2 dan abang2 yang berpengalaman) , aku akan cuba lakukan dan tak akan mudah berputus asa. Semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan dalam mengharungi segala dugaan dari-Nya..Insya'Allah..

Thursday, June 17, 2010

Renungan

Kehidupan memberi seribu makna dalam hidup kita. Kadang kita sukar untuk fahaminya. Hidup nie ada suka dan duka, pahit dan manis dan berbagai-bagai lagi. Kita sebagai manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Sesungguhnya tiada yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Jangan kita asyik pandang kesalahan orang lain sampai kita terlepas pandang kesalahan kita sendiri.

Kalau ada yang pernah melakukan kesalah kepada kita, tak salah untuk kita memaafkannya kerana dengan kemaafan, segalanya akan kembali tenang. Selagi kita simpan dalam hati dan tidak memaafkan orang, selagi itu lah jiwa kita tak akan tenang. Sedangkan nabi maafkan umat, ini kan pula kita manusia.

Kita juga harus merapatkan hubungan silaturahim sesama manusia juga sesama keluarga. Jika ada yang memerlukan bantuan, tak salah jika kita membantu. Kita tak rugi apa, malahan kita amat beruntung kerana ada yang memerlukan bantuan kita, juga mendapat pahala yang setimpal dari Allah. Ringankan tulangan, buangkan huruf "M" dalam diri kita. Dengan itu, tiada lagi kesukaran dalam kita melakukan sesuatu perkara. Ia akan mempermudah dan mempercepatkan kerka-kerja kita.

Riak dan bongkak, itu sifat syaitan. Jauhkan diri kita dari RIAK dan BONGKAK. Tiada apa yang perlu di banggakan kerana hidup di dunia ini hanya lah sementara sahaja. Tiada yang kekal cuma amalan dan kebajikan yang akan di hitung di akhirat kelak. Sesungguhnya harta dan kebendaan hanyalah pinjaman dari Allah SWT.

Kesabaran itu yang terbaik. Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang kita lakukan. Seandainya kita dapat bersabar dan menahan kemarahan, dia bakal menerima ketenangan dan keimanan dari Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu sentiasa memerhatikan kita.

Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.:))

Affique Rizqi 7months


Sekejap je affique dh 7months..skrg nie dia makin xblh nk berenggang dgn aku..
Klu dh nmpak muka aku, mmg dia akan mengada abis..hehe
Klu blh bgn je tido dia nk tgk muka aku depan dia, klu xnmpak muka aku..4sure dia jerit n nangis..
Ank Ummi yg tersyg la kata kan..:)
Sejak2 kebelakangan nie, dia mmg makin manja dgn aku, asal xnmpak je muka aku, mmg dia nangis..smpai aku nk mandi pun susah, nk kena tidokan dia dulu br leh mandi..xpun mandi time dia tgh tido(sebelum dia bgn tido)..

Dia klu dh nmpak muka aku, smua org pun dia xnk dh tp klu kat s.alam, affique still ada choice la samada aku atau mama..selain dr tue, dia akan fikirkan dulu atau tolak bulat2..
Bg aku n hubby, dia mmg rezeki kami.. Sejak kemunculan dia dlm hidup kami, byk rezeki yg dtg n bertambah2..
Affique Rizqi adalah rezeki Ayah n Ummi.. We luv u so much!!!

Alhamdulillah, masa mengandungkan dia aku mmg lasak..xd la bergolek n terperuk je kat umah..
Aku xdiam duduk..active.. Cuma masa 1-4months pregnant tue aku kena morningsickness yg teruk n sakit2 pinggang tp aku xlayan sgt sakit tue.. dan aku jadi kaki jln, asyik nk jln je every weekend..hehe
Tp ada satu yg aku xsuka..iaitu MAKAN!
Ish3..mmg aku susah nk mkn..klu xkena paksa, aku mmg xmkn..hehe
Then disbbkan xmo kena marah berat turun, aku pun minum susu chocolate n mkn chocolate hr2 24hours..hehe
Dan alhamdulillah, berat badan ku mmg naik mendadak..best..aku suka bila berat badan naik..

Tetiba teringat:-
Masa Affique dlm perut, time dia active bergerak ialah tgh mlm/pg dlm kul1 pg ke atas smpai dekat2 subuh.. Kebetulan masa aku 8/9bln tgh musim bola, jd aku pun layan la tgk bola dgn wan, smpai kan saat aku sakit nk bersalin tue, aku br lps tgk bola game MU dlm kul4 lbh(pg)..
Tp due date aku patutnya October tp aku lewat dlm 9hr..mayb aku slh kiraan kot..
Ngam2 hr yg ke-9 mlm tue, aku ada rasa gesa..
Dulu aku xtau apa rasa gesa nk bersalin tue, puas akak2 aku nk terangkan kat aku..hehe
Rasa gesa tue dia xsakit pun, susah nk terangkan..tp mmg xsakit..
Dekat 1jam gak la aku rasa mcm tue..aku still blh rilex kat umah minum air teh n mkn cake..pastu siap tgh tv lg..tp masa tue game bola dh abis..
Tp rasa gesa tue dtg every 8mins n makin kerap..so aku teringan akan aku ckp klu rasa makin kerap, tue mayb tanda2 nk bersalin..so dekat 1jam kat umah, rasa gesa tue makin kerap dr 8mins ke 5mins then ke 3mins..last2 wan ajak g KPMC..tp aku smpat lg mandi..
Smpai je KPMC, aku tgk TV lg kat lobi..pastu nurse plak pggl, ajak naik labour room..
Aku salin baju, dia cek rahim, tgk dh 5cm, pastu dia bg ubat berak..settle je dia pecah air ketuban..dr situ aku mula rasa sakit..kali nie mmg btul2 sakit tp alhamdulillah aku sakit dlm 2jam je..pastu terus rasa nk teran..
Mak n mak mertua aku kata kejap je aku bersalinkan Affique..mmg kejap tp rasa sakit dia teramat..hanya allah je yg tau..(tue la kenangan paling bermakna buat si ibu)
N aku berhrp 2nd baby nie Allah permudahkan aku utk bersalin seperti mana dia permudahkan aku utk bersalinkan Affique..Amin..

Hehe..
kan dh lari topic..:D
Tp Affique mmg REZEKI aku n hubby!
Muakhxxx

Tuesday, June 15, 2010

Anak buah ku yg ke-11


Last nite dpt call n msg dr abangngah..kakak ipar ku udah bersalin..
Alhamdulillah..
Sekian lama menanti baby gurl, akhirnya dpt gak diorg baby gurl..:)
Berat baby 3.3kg, sgt bulat n putih mcm papa n mama dia..
Baby still kecik lg, lum nmpak muka saper..nnti dh beberapa hr nmpak la tue muka saper..
Nie ank abangku yg ke-5.. Wahh..ramai sungguh ank nya kan..best2..
Muda2 nie elok la beranak ramai2..esk dh tua xd la ank kecik2 lg kan..
Tgh muda nie still larat, ok la..
Lg pun rezeki Allah bg, kita kena la terima dgn hati yg terbuka..

Tp mlm tp bila kira2 blk, ramai sungguh ank buah ku..makin bertambah..
Alhamdulillah..riuh la raya nnti..
Nie ank buah ku yg ke-11..wahh..
Ramai cucu mak aku..termasuk ank aku 12org..nie lum masuk yg dlm perut lg..
Ujung tahun dh jd 13org cucu..wahh3..
hehe :D

Btw Congrats 4 da new baby born..:))

Monday, June 14, 2010

Pilihan Keluarga VS Pilihan Sendiri

Pg nie br je dgr citer dr officemate..katanya, dia kawin parent dia yg carikan..
wahh..slalu tgk dlm drama je mcm tue tp xsangka mmg berlaku depan mata..hehe
saper sangka kan..
My officemate nie mamak la..dia kawin pun dgn mamak gak..n their family very close..
So bila dh dgr citer dr mulut dia nie, mmg dpt rasa la yg dia happy sgt dgn pilihan parent dia..
Dan katanya pilihan parent nie lg best n terbaik dr pilihan sendiri..
Pilihan parent nie ada kelebihannya la kan, dia akan close dgn parent n family kita, pandai hormat org tua..sbb zaman skrg nie susah nk cr yg ada ciri2 mcm tue..
kebanyakan yg ada luar sana mengada lebey..ye la, itu xkena ini xkena..pendek kata ada je yg xkena..

Kawin nie actually bkn perkara yg senang..besar tanggungjwbnya..
B4 kawin kita kena tahu apa tanggungjwb kita..jgn bila dh kawin br nk kata xblh nie n xblh tue..kan susah..
Kekadang manusia nie, dia nk yg sempurna je di mata dia tp dia xfikir yg diri dia tue sempurna ke? I bkn la maksudkan i or sesape..but perkara nie general la..
Smua org akan merasa alam perkawinan nie..cuma cpat or lmbt je la..
Tipu la klu kita kata hidup kita nie sempurna..mana ada manusia nie yg sempurna..
Smua ada kelebihan n kekurangannya..

So berbalik pd topik jodoh..i rasa bagus gak la parent yg cari kan..bila dh dgr citer my officemate, rasa best pihan parent nie.. yela, xkan la pernt kita nk crkan yg xelok utk kitakan..
mesti dia cr yg terbaik utk kita..

Kawin pilihan sendiri plak ada kelebihan sendiri..tp kebanyakkannya la kan, masa bercinta smuanya indah belaka..bau kentut pun wangi..hehe
Mmg la pilihan sendiri nie kita lbh mengenali pasangan kita but sumtimes ada yg b4 kawin lain n dh kawin lain plak perangainya..ada gak yg mcm tue..
Apa org kata tue..skit2 nmpak belangnya..n satu lg, bila dh lama sgt kenal n berkawan, nnti cpat bosan..especially lelaki..
Byk la yg dh berlaku depan mata kita, cuma kita nie perasan or x je..
Byk yg kita dgr n kita nmpak..lelaki nie cepat boring..
Sumtimes dia dh ada bini, dia syg bini dia but dia nk cr yg br..katanya dh bosan..
Bila tnya kenapa xtgglkan je bini yg lama, kata dh bosan..n jawapan yg diberikan "nk la ada pilihan, xd la cpat boring"
Blh gitue???
Huhhh..giler la kan jawapan tue..
Minta dijauh kan diri ku ini dr lelaki yg begitu rupa..amin

Sambung topik asal kita, my officemate punya adik pu parent yg carikan jodoh..adik dia br je kawin last weekend..huhu
Dgn mamak gak..(rasanya diorg nie mmg nk cr yg mamak je kot..hehe :P)
Kata my officemate, pilihan parent nie tahan lama, jodoh pjg..btul ke?
Tp bila tgk family officemate i nie mmg btul la..jodoh diorg pjg..smpai ketua..
Alhamdulillah..semoga dirahmati Allah..

Pilihan sendiri nie ok..tp kebanyakan nya masa buat keputusan nk kawin tue, diorg fikir pendek..n xkenal hati budi pasangan betul2..Top2 br kawin 1/2bln dh nk cerai..
So klu blh kita xmo jd mcm tue..minta dijauhkan..
Dan ada plak bila buat pilihan sendiri nie parent xsuka or ada bantahan dr family..
nie yg xsyok nk dgr kan..kita kena dahulukan family kita..
nk cr tue biar la yg family kita blh terima n yg family dia blh terima kita..
klu x nnti, ada je batu api dr pihak lawan..benda xbetul pun di ada2kan..
Hah..mcm mana tue..
So kita renung2kan la tentang perkara nie..bila nk kawin tue fikir masak2..
minta petunjuk dr Allah..Sesungguhnya manusia nie xd yg sempurna, ada kelebihan n kekurangannya.. Kita Kena la terima seadanya n beri seadanya..
Mari la kita sama2 berdoa, semoga jodoh kita nie kekal didunia n diakhirat..Insya'Allah..Amin

Full Time to Part Time

Hr nie aku tetiba decided nk benti keja..dh mula rasa penat..
keje kat office nie melambak, byk sgt transactions nk kena buat..
seriously mmg dh xlarat..
Pg td jmpa boss, n inform kat dia..but dia kata dia xmo cari replacement utk job aku..
dia susah nk trust org especially bab2 duit nie..
So, dia kata dia nk aku stay keje dgn dia..klu xblh FULL TIME, dia kata PART TIME pun ok..
Janji aku keje.. So mlm nie nk bincang dgn Wan, nk minta pendapat dia..
klu ikut wan, aku xkeje pun xp..dia fhm aku penat..perut plak dh makin mmbesar..Affique pun dh makin mmbesar..nk dukung mmg xlarat dh..
Nasib baik Wan sgt memahami keadaan aku nie..byk yg dia tlg aku, jg ank n kemas umah..
Alhamdulillah..:)

Aku rasa Part Time nie ok kot..ada masa utk ank, hubby & family..
So happy..:D

Wednesday, March 3, 2010

Kini Kembali..:))

Setelah sekian lama mendiamkan diri dgn blogging, kini aku kembali meng"update"..:))
Lama giler xupdate blog nie..bz, hehe
xp..lps nie aku akan update blk k..:))