:::Jom KLik Banyak2:::

Monday, July 30, 2012

Set Bersalin NR (Nona Roguy)


6 Rawatan Dalam Satu SetWajah baru Set Bersalin NR ( Dulu di kenali sebagai Set bersalin Nona Roguy )


Tablet Phyto Natal.(90 Tablet)
Phyto Natal di dalam Set Bersalin NR berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

Akar Herbanika.(10 Pek Uncang)
Akar herbanika di dalam Set Bersalin NR  bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.

Herbanika Lulur.( 100 gm )
Set Bersalin NR lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung.Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan semalam 1 bulan. 

Herbanika Barut.(60gm)
Krim barut di dalam Set Bersalin NR  ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin NR  ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

Minyak Herbanika.(100 ml)
Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin NR  untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.Ia juga melancarkan peredaran darahdisamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Uncang Cuci.(10 pek uncang)
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan.

Friday, July 27, 2012

Jangkitan Kuman Paru-Paru

SISTEM pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.
Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.Tanda-tanda dan gejalaIni bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
#Demam panas
#Batuk dengan atau tanpa kahak
#Sakit dada
#Tiada selera makan, tidak mahu makan
#Rasa tidak sihat, sering merengek
#Pernafasan laju atau susah bernafas
#Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
#Pernafasan laju
#Sukar untuk bernafas
#Bibir menjadi biru
#Batuk berdarah
#Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.Anda Boleh mencuba rawatan ini di rumah:
#Paracetamol
#Rehat yang secukupnya
#Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini ?
#Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
#Teruskan penyusuan susu ibu.
#Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
Contohnya:Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).

Tuesday, July 10, 2012

Perkembangan Terbaru


Assalamualaikum!
Hari nie menu breakfast nasi lemak..mmg sedap..last mkn nasi lemak, last 2weeks kot..
Bangun je pagi td dah minum oat dulu, then baru leh makan nasi lemak kalau tak mmg perut pedih la..maklumla, kitakan tak makan pedas..:
Rutin baru sejak sehari dua nie ialah makan kuih raya..hah! belum raya dah makan kuih raya kan..hehe
Apa boleh buat, selera tengah bagus, makan je la selagi blh mkn..
Now almost 7months, selera dah mula datang..kalau nak dibandingkan dengan 2-3bulan yang lepas mmg tak ada selera makan langsung, tapi sekarang Alahmdulillah dah ok..berat pun dah mula naik sikit..masa before preggy berat 43kg mcm tue..bila dah tau preggy berat 45kg..mmg payah la nak naikkan berat badan nie..makan makanan yg berunsurkan coklat hari2 baru la berat badan mula nak naik..sekarang berat terbaru 52kg..ok la kan, janji ada peningkatang..
Anak2 bujang sekarang dah makin manja, kadang tak nak berenggang dengan aku..tapi kalau bab jalan mmg dia akan cari ayah dia..pantang nampak ayah dia mandi dan bersiap, mmg membontot ayah dia kehulu dan kehilir..hehe
Anak bujang pun dah makin lasak, 24hrs buat keje..mengalahkan Ummi dia buat keje..
Bangun je tido, dorqng dah start keje, keluarkan mainan melambak
2, pastu memanjat kerusi meja, panjat tangga, panjat gate rumah, panjat almari tv..nasib baik tv pasang kat wall, kalau tak, tak tau la apa jadi..hehe..
Dorang nie buat keje time Ummi dia pun buat keje, serentak..kalau time Ummi dia duduk ada depan mata, dorang buat juga keje tapi yg basic2 je la..hehe
Nie la dia bila dah ada dua orang hero, mmg buat keje bersama..sorang buat, dua2 buat..
Kalau nak diikutkan, Affique nie tak pandai nak buat keje sangat, dia akan leka tgk tv or main mainan dia tp sejak dah ada adik nie, Adik dia lq yg banyak mengajar dia buat keje..Aqeef nie mmg ringan tulang, mmg susah nak tengok dia duduk seminit pun, ada je keje dia..Affique pun sekarang jadi terikut dengan Aqeef tapi Affique tak pandai memanjat or usik barang sangat tapi Aqeef mmg suka memanjat dan mengusik barang, lagi kita halang lg dia nak buat..kadang aku biar je dia buat keje..bila dia dah jatuh or terhantuk Aqeef akan mengadu then dia akan sambung memanjat balik, sakit kejap je..hahaha
Kadang bila aku duduk sorang2 tue aku tergelak sendiri bila tgk ragam anak2 bujang aku yg dah makin membesar nie..Alhamdulillah, dorang active dan pekembangan otak dorg pun bagus, bagus la bila dorang tak duduk diam tue, thats mean dorang sihatkan..aku pun suka, syukur!

So adik dorang lepas nie tak sure lagi lelaki or perempuan, aku xptak kisah sangat, janji anak sihat, tue yg paling penting..tapi kalau tengok gaya aku nie, aku rasa lelaki la juga..
Mula2 scan doc kata boy, then scan next month nya doc kata mcm girl..so doc kata 50-50..coz tak clear lagi..
Takpe la, mayb dia nak surprise kan Ummi dan Ayah dia..:-)

Next month baru nak pegi scan 4D, nak tgk details baby, hopefully semua ok..amin..:-)