:::Jom KLik Banyak2:::

Friday, July 30, 2010

Kehidupan

Topik hari nie tentang kehidupan. Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman yang tak boleh dijual beli. Pangalaman baik mahu pun buruk, ia akan mempengaruhi kehidupan kita. Terpulang pada kita macam mana kita nak gunakan pengalaman yang kita ada. Kadang bila dah ada pengalaman buruk, mereka akan jadikan ia penghalang kepada kebaikan. Sebenarnya itu adalah salah. Dari pengalaman buruk tue sepatutnya kita kita jadikan ia kekuatan dalam diri kita supaya lebih berusaha kearah kebaikkan dan kehidupan yang lebih sempurna. Dan pengalaman yang baik pula tak akan sentiasa baik. Kalau kita salah gunakan pengalaman yang kita ada, mungkin ia boleh membawa kearah yang tidak baik juga. Sebenarnya ia terpulang pada diri kita sendiri, macam mana kita nak bentuk kehidupan kita samada kearah kebaikan atau pun kearah keburukan.

Thursday, July 15, 2010

Affique Rizqi 8months

Anak bujangku kini 8bln 2mggu..
Dia makin bijak mencari kerja, tak diam duduk langsung, ada je kerja yang dia nak buat. Ayah dia banyak belikan main tapi, ish3..dia cepat boring dengan mainan dia. Kalau dalam kereta, dia duduk kat car seat, dia tak duduk diam..kena bagi dia main baru dia ok. Kalau banyak mainan, kena bagi dia satu2 persatu, kalau bagi sekali gus banyak2, memang dia campak semua main dia..hehe
Dia akan buang ketepi, tempat yang kita susah nak ambil. Pandai dia. Sebab dia tahu kalau dia buang kat tempat yang kita senang ambil, nnti kita akan bagi dia main mainan tue balik. Dia memang bijak.

Time tido plak dia pandai nak ada orang sebelah dia. Dia nak aku ada sebelah dia tapi kalau ada ayah or mama dia, dia ok gak la..tapi mata dia akan mencari aku, dia akan terjaga. Lepas aku dah datang kat dia, dia akan tido balik and peluk aku. Dia memang tido peluk aku, tangan and kaki peluk aku..chomey sangat aku tengok ragam dia. Dia memang sangat manja dengan aku. Terlalu manja, seolah2 dia dapat rasa yang dia dah nak ada adeq. Dia nak kepit je dengan aku. Walau aku busy kerja n buat kerja rumah, aku tetap luangkan masa untuk dia, tengah malam kalau aku bangun buat susu dia, dia pun akan terjaga sama..tunggu aku datang bawa susu. Bila dah minum susu, mata dia dah mengantuk balik, tapi aku sengaja akan bermain dengan dia. Mata dia ngantok n sayu tapi dia tetap gelak and main dengan aku. Contohnya bila aku nyayi lagu, dia akan tepuk tangan..hehe
Mata lelap tapi tangan gerak..lawak je..:D

Itu la gelagat anak bujang ku. Dia la pengubat keletihan ku. Walau macam mana penat pun aku bila balik kerja, bila tengok muka dia, terus sejuk hati aku. Dia segalanya untuk ku. Dia nyawa ku. Walaupun dia dah nak dekat dapat adeq, aku tetap akan layang dia no.1 sebab dia yang sulung, mesti diutamakan. Tapi kasih sayang ku sama rata. Dua2 pun anak.
Insya'Allah, aku akan berikan sepenuh kasih sayang kepada anak2 ku. Dan doa kan la keselamatan ku dan anak2 ye..:)

Monday, July 5, 2010

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Kebelakangan ini, banyak yang aku terdengar anak-anak saudara aku dan anak rakan ku yang terkena penyakit ini. Aku berasa sungguh risau. Memang tak berani nak bawa Affique keluar rumah. So, aku cuba cari infomasi dari internet berkenaan penyakit ini. Mari kita kongsi bersama. Jadi selepas ini, ibubapa harus lebih memberi perhatian terhadap kebersihan anak-anak kita supaya tidak dijangkiti penyakit yang berbahaya.

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Punca
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
  • Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan
Tiada rawatan khusus

  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu:-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Informasi boleh didapati melalui:-
  • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
  • Klinik-klinik kesihatan
  • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
  • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites


***Hanya untuk pengetahuan umum. (Penyakit ini kerab terkena kepada bayi, ibubapa harus mengambil langkah berjaga-jaga.)