:::Jom KLik Banyak2:::

Thursday, February 24, 2011

63 Petua Bahagia

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

35 Petua Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Tuesday, February 22, 2011

Demi Anak-Anak


Anak-anak kesayangan ku. Sorang nama Muhammad Affique Rizqi dan sorang lagi Muhammad Aqeef Rizqi. Dua-dua nie anak bujang Ummi dan Ayah. Dua-dua sangat la manja yang teramat. Sorang Muka Ummi dan sorang lagi muka Ayah. Adilkan? :D

Lepas bersalin anak ke-2 nie, tugas ku makin besar. Besar tanggungjawab aku sekarang. Dulu anak sorang jadual tak packed mcm skrg nie. Dulu still ada masa utk diri sendiri. Skrg dah beranak dua nie, aku lebihkan kepada anak-anak. Anak-anak still kecil, mereka sangat memerlukan aku. Jadual aku skrg sgt dan teramat packed. Skrg baru aku sedar betapa pentingnya persediaan awal utk menjd seorang ibu. Nasib baik aku mmg dah betul-betul bersedia memikul tanggungjawab nie. Dulu masa belum kawin pun aku dah biasa jaga anak buah, so pada aku mmg tak ada masalah langsung. Alhamdulillah. Cuma tugas aku skrg nie lebih byk. Mana nak jaga anak-anak, suami, kerja dan rumah. Tue la empat(4) tanggungjawap aku skrg.

Normally aku bangun pagi kul5.30. Aqeef nak menyusu, then tidokan dia. Lepas dia dah tido baru la aku blh buat keje-keje lain..cuci botol susu, puting, rebus, masak air panas, siap-siapkan brg nak antar kat Mama. dah settle smua tue baru la aku blh siap-siapkan diri aku, mandi dan sebagainya. Then kejut Encik Suami utk mandi ndan bersiap-siap.
Kami hantar anak-anak kat Shah Alam, jln mmg hari-hari jamm. nak pergi jam, nak balik pun jam. Lepas tue baru la aku pergi keje. Kadang sempat la aku b'fast dgn En Suami, kadang tak sempat. Bila tak sempat, aku order makan antar kat office je. Kadang aku b'fast, kadang tak selera nak b'fast. Lunch hour pun mcm tue gak, kadang lunch, kadang tak lunch. Pastu balik keje kul6-6.30 ptg. Tunggu Encik Suami balik, then amik anak-anak di Shah Alam. Jalan mmg la jamm sentiasa. Gitu gini, malam baru dapat amik anak.
Sampai rumah dah malam, nak masak pun dah tak sempat, kadang Encik Suami masak. Aku mmg tak sempat nak masak, tau je anak bujang aku dua orang nie, mana nak bagi makan, susu lagi. Kul1-2 pagi baru la aku dapat tido, bila anak-anak dah tido dan dah siap cuci botol, kemas rumah. Affique skrg malam dah taknak menyusu, kadang klu menyusu pun bila dah pagi sikit. Aqeef plak menyusu malam 2-3kali. Kadang-kadang anak bujang aku dua orang nie meragam tak nak tido dan merengek je. Tak tentu.
So, tue la tugas dan rutin harian ku. Kadang kalau Encik Suami keje malam, aku akan tido rumah Mama kat Shah Alam.
Kalau weekend tue blh la aku tido balik lps siap-siap cuci botol semua tue..:)
Mmg besar tanggungjawab yg aku pikul, semua nie aku aku cuba lakukan yang terbaik demi anak-anak. Harap suatu hari nanti bila anak-anak aku dah besar, diorang akan sedar betapa susah payah dan penat lelah aku menjaga mereka dan bersengkang mata tiap-tiap malam bagi memastikan yg terbaik utk mereka.
Ummi dan Ayah sentiasa mendoakan supaya anak-anak Ummi menjadi Anak yg SOLEH, BERIMAN dan BERTAKWA. Amin.

Monday, February 21, 2011

Rindu rmbt panjangku

Dulu masa rmbt elok2 panjang, sibuk nk pendek. Bila dh pendek sibuk nk panjang. hehe
Tue la aku nie..aku sebenarnya cpat bosan. Aku suka kelainan, xsuka sama je slalu. Nk la lain2 kan..:)
Masa aku potong rmbt pendek dulu, aku sebenarnya nk menyenangkan time aku preggy dulu. Yela..aku nie hr2 suka shampoo. So bila rmbt panjang klu hr2 shampoo kena la keringkan. Kadang tue aku xsempat nk keringkan bila gi keje dan ada masa aku xminat nk keringkan. Nk plak klu time preggy, xrasa lngsng nk melawa. smua pun rimas. So aku terus nk potong rambt, hubby aku pun izinkan tp parent aku la xbg. Diorg mmg dr dulu suka aku rmbt pjg n xbagi aku potong rmbt.
So skrg nie aku tgh tggu rmbt aku pjg blk tp kan dlm masa yg sama aku nie ada rasa nk potong rmbt nie lg..hehe
Pelik kan..hehe
Ntah la..bosang la bila sama je..mmmm
Xp..slow2..aku akan try xpotong lg..:) (Harapan)

Muhammad Aqeef Rizqi



Ini la ank bujang ku yg no.2. Cuba tgk muka dia btul2, ada iras2 aku kan? ramai yg kata, kali nie ank aku yg no.2 nie iras2 aku. Tp aku xkisah, janji dia sihat, alhamdulillah!

Ank lelaki nie mmg kuat menyusu. Ank aku nie kuat gak menyusu tp xsekuat ank2 org lain. Ank2 mmbr aku, aku tgk sgt la kuat menyusu berbanding ank2 aku. Ank2 aku ada time kuat menyusu, ada time xmo. Mayb beralih bln la kot. Tue org slalu kata la. Sbb ank nie klu beralih bln, dia mmg akan meragam or berubah2. Ank aku nie menyusu badan smpai 2bln je. Genap dia 2bln terus xmo susu. Mayb sebab aku keje, time keje kan bg botol, so dia dh kenal botol. Masa 2weeks tue dia nk gak menyusu badan time mlm tp lps tue dia xmo langsung. Nk xnk kena la bg gak dia botol sepenuhnya. Aku br ingat 2nd bby nie nk bg susu badan smpai 6bln tp dh dia xmo, nk buat mcm manakan, xkan nk paksa plak..hmmm

Ank aku yg 2nd nie br sebulan dh pandai angkat kepala. Dekat 2bln dh pandai menegur n bby talk. Mulut bising. Bila bgn je tido, nmpak muka aku terus senyum n gelak. Aku klu bg dia susu, sure dia tenung je muka aku. Pastu dia dh pandai tgk tv. Klu aku pegang dia depan tv, sure dia toleh kat tv. So blh la aku biar kan dia kat tv sementara aku nk buat keje2 lain. Masa dia 2bln lbh, dia dh mengereng nk meniarap. Kadang tue aku biar dia depan tv, pastu dgr mulut dia bising, rupanya dia dh meniarap. Kepala sgt la keras, xd goyang2 tp xd la lama sgt. Coz aku kesian tgk dia meniarap, aku akan baring kan dia blk. Klu tido buai pun dia nk meniarap gak dlm buai. So klu mlm mmg aku jarang masukkan dia kat buai, kekadang je. Tue pun kejap2 je. Bila dia dh tido aku keluarkan. Pastuklu baring, pandai angkat2 kepala mcm dia nk bangun, ntah mana dia nk gi..hehe :D

Ank2 aku la pengubatku..klu penat, tgk diorg ilang penat..Luv u my sons..:)