:::Jom KLik Banyak2:::

Sunday, November 1, 2009

Perjuangan Seorang IBU

Due date: 22 Oct 2009

10.00am: Pergi KPMC, Puchong but still belum ada tanda2 nak bersalin.
Yang lawaknya, aku dah ambil cuti awal 2minggu..hehe
Doc kata nak bagi induce tapi aku tak nak, aku nak smuanya berlaku sendiria(secara normal)..
Doc bagi extra 10hari tapi hari ke-7 aku ada appointment lagi.


29 Oct 2009

Hari ini aku ada appointment 10.00am kat KPMC, Puchong. Aku still tak ada tanda2 nak bersalin..
Doc kata kalau nak, dia boleh czer tapi aku berkeras tak nak.. Sebolehnya aku nak normal juga..
Luckily aku dapat Doc Dayang ,dia sangat memahami aku dan sentiasa mengikut kehendak aku..hehe


30 Oct 2009

10.00am: Aku ada appointment lg kat KPMC, Puchong. Result still sama, belum ada tanda2..aku tak rasa apa2 pun..
Doc Dayang cek rahim aku, dia tolong bukakan jalan untuk bersalin normal. Doc kata anytime boleh bersalin..tapi aku still tak rasa apa2..


31 Oct 2009

Malam itu aku teman Wan tengok game bola kat umah, Ayah mertua ku pun ada..
Sampai tengah pagi aku still tengok bola..


1st Nov 2009

04.00am
Aku still tengok bola, game MU.. MU menang!
Tapi aku bukan penyokong MU ok..huhuhu
Aku sempat buat air Teh'o panas dan makan kek gulung..
Lepas game MU habis, aku masuk bilik tengok TV kat bilik..
Tiba2 je aku rasa kat bawah nilu, tapi tak sakit pun..aku biar je..aku terus tengok TV lagi..
Lepas itu, berterusan aku rasa nilu dan ada rasa berdenyut kat bawah tapi tak sakit..

04.25am
Aku panggil Wan.
Wan kata "U rasa nak beranak dah ke?"
Wan ajak pergi KPMC.
Tapi aku kata "ini ke rasa nak beranak?" selalunya aku tak pernah rasa macam ini pun..
Aku cakap kat Wan, "nanti la..tak rasa sakit, klu nak beranak mesti ada rasa sakit.."
Lepas 8min ada rasa berdenyut lagi, setiap 8min aku rasa berdenyut dan rasa berdenyut itu makin lama makin cepat..

05.25am
Rasa berdenyut itu makin kerap dan makin cepat..
Dari 8min ke 5min sampai 05.25am..
Then Wan ajak juga g KPMC..Aku smpat mandi lg..hehe :P

05.30am
Sampai je kat KPMC, aku sempat tengok TV kat lobby lagi..
Aku dok gelak kan si pak guard itu tertidur berdengkur kuat, agaknya ngantuk sangat pak guard ini..
Lepas itu, nurse datang kat aku, dia suruh aku duduk kat kerusi roda..
Aku kata "aku boleh jalan la.."
Tapi nurse itu suruh aku duduk juga..hehe :P
Sampai je kat atas, nurse suruh masuk labour room, Doc nak cek rahim aku..
Doc kata "dah 5cm la.."
Terkejut juga aku..tak sangka dah buka 5cm sebab aku tak ada rasa sakit pun. Doc kata "kenapa tak bagitahu dah sakit nak beranak?"
Aku jawab "i tak ada rasa nak beranak pun, tak sakit"
Mana tak nya, aku sempat tengok TV kat lobby tadi..hehe :P
Nurse bagi baju dan ubat berak, tak sampai 1min aku dah rasa nak berak..
Then nurse nak masukkan air..kira ini la 1st time aku masuk hospital..
Aku takut sangat, aku tak penah kena masuk air..
"Ya Allah", sakitnya nurse ini cucuk..tangan aku bengkak, katanya kulit tangan aku nipis..
Lepas itu, aku kata aku nk Doc yang cucuk aku..30minit kemudian baru Doc masukkan air, alhamdulillah xbengkak..

06.00am
Doc pecahkan air ketuban, Wan rasa nak pitam tengok darah.. Maklum la, ini kan 1st time tapi dia kuatkan diri dia juga..
OHH! Dengan tiba2, aku rasa sakit sangat kat bawah..ini la rupanya sakit "CONTRACTION".
Skrg br aku tau mcm mana sakit contraction..(rasanya sukar digambarkan)..
Doc pasang alat kat perut aku..makin kuat aku rasa sakit, makin kuat bunyi benda ini..
Then aku sempat minta maaf kat Wan, Mama n Papa..Kaklang aku esmpat msg je..
Macam2 Doa aku baca supaya dapat kurangkan rasa sakit..
"LAILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZOLIMIN"
Aku tak diam duduk dibuatnya, kejap aku terlentang, kejap aku mengiring, kejap aku betulkan bantal..ish3
Aku takut sangat tapi nasib baik Wan n Mama ada kat sebelah aku..Diorg tak henti2 bagi aku sokongan..

7.30am
Tiba2 aku rasa nak "teran", Mama terus panggil Doc..Doc n Nurse terus pakai sarung tangan, suspen gak aku..
Doc kata teran je..tapi aku tak tau nak teran macam mana..
Mula2 aku teran macam nak teran berak, pastu Mama kata kat aku, tarik nafas panjang2,lepas itu teran lama2 tapi jangan keluar suara..
Aku pun try teran. Masa teran tue aku dah lupa tangan aku yang sakit masuk air itu.
Kat tepi katil ada besi, aku tengok macam handbreak lori pun ada..hehe
Besi itu la yang aku pegang masa teran.
Teran yang pertama, kuar kepala. Teran yg ke-2, kuar bahu..
Patutnya aku sekali teran je tp aku teran tak cukup lama, so kena la 2kali teran..
Tapi betapa besarnya kuasa Allah, tmpt *tut* tue boleh buka besar untuk beberapa saat ketika baby nak keluar je..
Then terus kecut blk..Sungguh besar kuasa ALLAH!

7.32am
Alhamdulillah, bayi lelaki aku selamat dilahirkan secara normal.
Kulit dia bersih sangat, darah pun skit2 je ada kat badan, lendir2 putih tue pun tak ada..tapi serious memang bersih..
(mayb sebbb aku banyak minum air kelapa)
So petuanya, minum air kelapa pandan byk2..
Berat: 2.8kg
Panjang: 50cm

Lepas baby dah kuar, giliran uri pula nak keluar..
Settle je keluarkan uri, tiba la masanye untuk Doc menjahit..
Nasib baik Doc potong tak besar..kena 3 jahitan je..
Aku sangat bersyukur coz saat aku rasa sakit nak bersalin itu tak lama, hanya 2jam (dari 05.30am sampai 07.30am) tp sakit yg teramat dan baby keluar pun tak sampai seminit..
Masing2 ada bahagian masing2, ada yang sakit berhari2, ada yang sakit sehari suntuk, ada yang dari pagi tapi malam baru bersalin..Dan aku rasa sangat bersyukur kerana sakit yang aku rasa itu cuma 2jam..Alhamdulillah..

**kini baru aku sedar, betapa besarnya pengorbanan seorg ibu. (ibarat nyawa dihujung tanduk)