:::Jom KLik Banyak2:::

Thursday, September 30, 2010

32weeks (8months)

Hari isnin, 3hari lepas, aku genap 8bulan. Doc kata ada kemungkinan kali nie aku bersalin awal sebab perut aku dh turun bawah. Lagi pun ramai yang cakap, anak no.2 nie cepat bersalin dan senang bersalin. Insya'Allah, doa2kan la aku selamat bersalin dan bersalin cukup 9bulan k..:)

Baru2 nie aku ada terjatuh, tergelincir..luckily la aku tak jatuh terduduk. Aku jatuh terbaring tp aku sempat la tahan pakai siku aku nie..so tak ada la jatuh yang teruk sangat. Jatuh sebelah punggung kanan. Agak kuat juga la hentakan tue sampai orang lain boleh tau aku jatuh. Aku nangis time jatuh tue sebab aku takut dan risaukan anak dalam kandungan ku nie. Tapi Alhamdulillah, lepas pergi check-up, doc kata baby dalam kandungan aku ok. Aku pun tak ada tumpah darah, Alhamdulliah.. Cuma badan aku malam tue sakit sangat, sampai tak boleh tidur dibuatnya. Wan kesian tengok aku tak boleh tidur, last2 dia tolong sapu minyak. Actually dia takut juga nak sapu minyak, takut ganggu baby dalam perut ke or tersalah picit ke kan. Tapi dia sapu juga minyak cuma tak picit la. Aku sendiri pun takut2 juga. Tengah pagi tue lepas sapu minyak, baru la aku boleh tidur. Lega sangat dapat tidur. Tapi 2-3hari tue berulang benda yang sama, susah nk tidur. So kena la hari2 sapu minyak.

Sekarang nie apa yang penting, aku harap bayi dalam kandungan nie sihat dan selamat. Semoga aku dipermudah untuk bersalin bila dah cukup 9bulan nanti dan aku berharap anak aku sihat bila dah keluar nanti. Kawan2 semua tolong doakan untuk aku k. (Semoga aku dan bayi dalam kandungan ku selamat..amin)

1 comment:

Unknown said...

salam,

i follow u.. :)

rasa2nya dah bersalin nie kan.. tahniah ya... update lah kat blog ya..