:::Jom KLik Banyak2:::

Thursday, June 17, 2010

Renungan

Kehidupan memberi seribu makna dalam hidup kita. Kadang kita sukar untuk fahaminya. Hidup nie ada suka dan duka, pahit dan manis dan berbagai-bagai lagi. Kita sebagai manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Sesungguhnya tiada yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Jangan kita asyik pandang kesalahan orang lain sampai kita terlepas pandang kesalahan kita sendiri.

Kalau ada yang pernah melakukan kesalah kepada kita, tak salah untuk kita memaafkannya kerana dengan kemaafan, segalanya akan kembali tenang. Selagi kita simpan dalam hati dan tidak memaafkan orang, selagi itu lah jiwa kita tak akan tenang. Sedangkan nabi maafkan umat, ini kan pula kita manusia.

Kita juga harus merapatkan hubungan silaturahim sesama manusia juga sesama keluarga. Jika ada yang memerlukan bantuan, tak salah jika kita membantu. Kita tak rugi apa, malahan kita amat beruntung kerana ada yang memerlukan bantuan kita, juga mendapat pahala yang setimpal dari Allah. Ringankan tulangan, buangkan huruf "M" dalam diri kita. Dengan itu, tiada lagi kesukaran dalam kita melakukan sesuatu perkara. Ia akan mempermudah dan mempercepatkan kerka-kerja kita.

Riak dan bongkak, itu sifat syaitan. Jauhkan diri kita dari RIAK dan BONGKAK. Tiada apa yang perlu di banggakan kerana hidup di dunia ini hanya lah sementara sahaja. Tiada yang kekal cuma amalan dan kebajikan yang akan di hitung di akhirat kelak. Sesungguhnya harta dan kebendaan hanyalah pinjaman dari Allah SWT.

Kesabaran itu yang terbaik. Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang kita lakukan. Seandainya kita dapat bersabar dan menahan kemarahan, dia bakal menerima ketenangan dan keimanan dari Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu sentiasa memerhatikan kita.

Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.:))

No comments: