:::Jom KLik Banyak2:::

Thursday, September 11, 2014

Perjuangan Seorang Ibu Anak Ke-4

Salam semua sahabat2 blogger..

Hari nie nak buat entri pengalaman bersalin anak ke-4. Jarak antara anak ke-3 & ke-4 ialah 2 tahun.

Due Date: 1st Sept 2014
Admitted: 1st - 8 August 2014 &
                   2nd - 28 August 2014
Delivered Date & Time: 28 August 2014 (5.54am)
Doctor: Dr. Haslinda
Room: Lily
Hospital: KPMC, PUCHONG

08 August 2014
Hari Jumaat ada checkup. Baby kurang gerak dan aku cirit birit. Doktor seluk dah buka 3cm. Tapi belum ada sebarang tanda dan contraction.
Lepas tue pergi tengok movie dengan hubby & anak2 bujang cerita Teenage Mutant Ninja Turtle.
Kalau ikutkan hati memang tak larat nak berjalan sebab lepas doctor seluk td darah keluar banyak sangat,  penuh pad. Lepas tengok movie jalan kejap then terus balik umah. Malam tue ada sakit2 dan darah still keluar banyak. Aku call doctor, dia suruh datang hospital. So malam tue dalam pukul lebih hubby bawa aku pergi kpmc juga. Sakit contraction ada tp xkuat.
Sampai je kpmc, doctor seluk still 3cm. So doctor admitted aku malam tue.  Sekarang aku baru 36weeks 4 days.  Doctor x nak induce sebab belum 37weeks.  Katanya baby belum cukup matang. Masa admitted tue doctor ada bg injection untuk matangkan paru2 baby 2 kali, setiap 12 jam.
Esoknya aku minta balik. Sebab anak2 semua tengah demam,  aku jadi risau nak tinggalkan. Lagi pun baby belum nak keluar..buat apa nak duduk hospital lama2kan. .Doctor ada cakap hari Isnin dah cukup 37weeks,  kalau nak induce dah boleh tapi kalau 2 kali induce tp jalan still tak buka nanti kena czer. Bila dengar mcm tue memang aku tak nak la kan..biar la semuanya normalkan. Nanti bila dah tiba masanya, baby tue akan keluar juga sendiri.

27 August 2014
Malam tue teringin nak makan rendang ayam mama. So 1am mcm tue hubby pergi ambil rendang kat umah mama. Mama baru siap masak. Lepas makan tue mmg x blh nak tido, baby gerak kuat sgt dan aktif. 6 am mcm tue baru boleh tido.

28 August 2014
1am mcm tue anak2 bujang semua dah tido, aku pun sama tertidur.  2.30am hubby blk dari BOP di HQ dgn kawan2 dia. Aku pun terjaga. Bangun tgk TV ulangan cerita Kusinero Cinta sambil minum air coklat Dutchlady dan makan coklat. Lepas kawan2 hubby blk, aku pun ingat nak tido blk  tapi tiba2 tgk mcm ada keluar air skit dan serentak dgn tue ada rasa sakit yg agak lama dari biasa. Aku pun naik atas cakap dgn hubby. Tp aku still x yakin, takut bukan contraction. Aku pun call mama papa. Mama suruh aku pergi je hospital. Tapi aku kata tggu 30min lg la. Dan2 lepas letak phone tue sakit tue dtg blk, sakit yg agak lama. Masa nie mmg aku dh mula yakin, nie la sakit contraction.  Hubby pun siap2. Aku sempat lagi mandi even dah sakit kerap n lama. Contraction setiap 8 min. Hubby dah byk kali panggil dan suruh cepat. Nasib malam tue adik ipar aku (Aliff) ada tido umah. So sementara nak tunggu mama papa sampai, boleh la Aliff tolong tgk2 kan anak2 aku. Lepas mandi aku terus masuk kereta. Aku sempat call doctor Haslinda. Masa nie contraction setiap 5min. Sakit menguit2.  Rasa x senang duduk. Hubby pun bawa kereta laju dah. Dia tgk aku x senang duduk. 4.45am mcm tue sampai kpmc puchong. Register kat bawah dan tunggu di orang siap bilik 5 am br dorg bawa aku naik atas. Masuk labour room salin baju dan pergi toilet gi tue gi nie dah 5.20am. Aku masuk je labour room doctor dah sampai. Seluk dah 9 cm. Tapi air ketuban belum pecah. Doctor pecahkan air ketuban je, sakit contraction yg kuat terus dtg. Pehh. .hilang nyawa dibuatnya. Aku pun zikir byk. Tarik nafas. Hubby pun tak henti2 bagi sokongan. Dia pun tak sangka aku dah buka 9 cm. Nasib aku x tunggu lama lg kat umah, kalau tak..maunya terberanak kat umah.hihi
5.50am aku dah sakit dan rasa gesa nak meneran tue dah ada. Doctor suruh aku teran je. Aku pun tak de nak tunggu2 lagi, terus teran. Sekali teran keluar kepala, curi nafas skit dan teran lagi skali keluar bahu. Settle. Leganya. Alhamdulillah. .
5.54am Baby keluar. Baby girl. Keluar je baby aku terus tgk jantina,  Alhamdulillah,  baby girl..syukur. kulit baby bersih je takde putih2.
Hubby pun terus cium dahi dan ucap "tq syg sbb bagi I puteri"
Sementara doctor keluarkan uri dan sesi jahitan, hubby pun iqamah kan baby.
Settle sesi jahitan,  nurse bg minum milo dan mkn ubat tahan sakit. 30min tunggu kat labour room dan bf baby. Baby pandai bf. Syukur.
Pastu nurse hantar aku masuk bilik. Hubby blk umah tgk anak2. Aku mcm biasa la lps deliver mmg x blh tido. Puas paksa tido tp x nak lelap juga. 7 am dorg hantar b.fast, aku mkn. Rehat kan badan.
11am aku mandi. Pastu aku dah minta baby nak bf baby. 12 pm lunch then mama papa dan anak2 bujang pun sampai. Hubby kat umah sesi tanam uri.

Ok..nie la pengalaman bersalin anak ke -4.  Anak perempuan.  Syukur. Terima kasih Allah.





1 comment:

Unknown said...

bestnyeee.... akhirnye dapat girl.. nak jugakkkk... hahahah... selamat berpantang...