:::Jom KLik Banyak2:::

Thursday, August 22, 2013

Hari-hari yang dilalui

Setelah sekian lama tak menulis. On9 pun sempat nak updated page & share picture je. Sejak anak dah tiga orang nie, tugas makin bertambah. Masa makin kurang untuk diri sendiri. Tapi aku bersyukur sebab dapat membesarkan anak2 dengan tulang empat kerat nie sendiri dan mereka dapat membesar depan mata kita. Setiap aktiviti anak2 yang baru, kita la orang pertama yang akan tau.

Saat anak2 usia 1-5tahun adalah saat yang paling mencabar buat seorang ibu. Semua ibu2 bakal rasa dan telah merasa. Seorang anak dah cukup mencabar, ini kan pula 3orang anak, anak lelaki pula tue. Tambahan pula anak2 aku rapat, jarak setahun dua je. Mereka memang lasak. Memang mencabar buat ibu muda seperti aku. Tapi berkat sokongan suami, ibu bapa dan keluarga, alhamdulillah, semuanya masih berjalan lancar.

Masa seharian aku lebih tertumpu pada anak2. Ketika nie la mereka perlukan perhatian dari aku. Setiap hari, setiap masa, rutin harian aku tertumpu pada mereka. Masa untuk diri sendiri jarang ada. Apa yang penting bagi aku adalah anak2. Anak2 pemanas dan penyejuk hati aku. Mereka makin membesar. Masih banyak yang perlu mereka belajar. Hanya seorang ibu faham tugas seorang ibu. Memang orang nampak mudah tapi seandainya kita sendiri berada disituasi itu, barula kita akan sedar betapa besarnya tugas seorang ibu dan tanggungjawab seorang ibu. Ramai orang yang kawin tapi belum bersedia untuk pikul tanggungjawab seorang ibu. Sebab tue juga la ramai yang buang anak, bagi anak kat orang, lari dan tinggalkan anak sendiri. Itu la lumrah kehidupan. Tiada manusia yang dijadikan sempurna.

Bila kita lalui saat2 indah ketika hamil 9bulan, suka dan duka, 24jam, mana kita pergi, apa kita buat, kita kena bawa perut kita. Saat2 sakit nak bersalin tue adalah yang paling mencabar. Sakitnya hanya Allah je yang tahu. Tak semua orang merasa saat2 nie. Saat paling sukar nak dilupakan. Pada masa nie baru la kita sedar, macam nie dulu ibu kita mengandungkan kita. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Alhamdulillah, ibu bapa aku membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Syukur. Sekarang nie tibala masanya untuk aku membesarkan anak2 aku pula. Semoga aku kuat, sabar dan tabah dalam membesarkan dan menjaga anak2 ku. Sama2 la kita doa agak anak2 kita jadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

Anak aku yang sulung namanya Muhammad Affique Rizqi 3tahun 9bulan, yang kedua Muhammad Aqeef Rizqi 2tahun 9bulan dan ketiga nie Muhammad Arriq Rizqi 10bulan. Semua lelaki. alhamdulillah. Rezeki2.