:::Jom KLik Banyak2:::

Saturday, May 26, 2012

Petua Meredakan Batuk/ Batuk Berkahak

Batuk/ Batuk berkahak

Banyak kegunaan limau nipis, tapi ramai yang tidak amalkan kebaikannya.
Kalau anda di luar sana mengalami batuk yang lambat sembuh setelah puas makan ubat dari klinik, jom cuba petua aku nie.

Meredakan Batuk
Perah Limau Nipis didalam sesudu besar.
Kemudian campur dengan sesudu madu asli, kacau dan minum.
Amalkan sekerap yang boleh. InsyaAllah boleh menyembuhkan batuk.

Batuk Berkahak
Perahkan limau nipis ke dalam sudu besar dan cubitkan sedikit garam.
Kacaukan. Minum.
InsyaAllah boleh menyembuhkan batuk dan mencairkan kahak.

Aku sekeluarga memang selalu mengamalkannya. Bayi pun boleh cuba cuma kurangkan sukatan kepada sudu kecil je..:-)


Petua Mengempiskan Perut

Hari nie aku nak kongsi petua yang selalu aku amalkan. Kalau berminat boleh la cuba ye. Petua nie senang je, tak banyak modal, takyah nak beli prodpuct2 kecantikan yang mahal2, juz guna barang2 yang dh ada kat dapur tue je. Cuma Petua nie makan masa skit la, bukan la on time dapat hasilnya, kita kena amalkan selalu, insyaAllah..

Ambil sekeping Asam Keping, cuci. Rendam dalam segelas air panas, biarkan dalam 15min, pastu minum. AMALKAN minum setiap hari pagi dan malam.
Senangkan? Jimat pun jimat..:-)
Jom cuba!




Thursday, May 24, 2012

Panduan Bagi Memudahkan Proses Bersalin (Normal)

1) Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perin eum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda bena r-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


2) Senaman Kegel
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan
dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


3) Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4) Tidur yang Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5) Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6) Teman Kuat semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7) Pengguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8) Baring Mengiring Ke kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9) Makan yang secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.