:::Jom KLik Banyak2:::

Sunday, October 21, 2012

Berjuang & Bertarung Nyawa

Due Date: 09 Oct 2012
Admitted: 03 Oct 2012, 3.30am
Deliver : 03 Oct 2012, 4.40am
Doctor : Dr Haslinda
Room : JatiVIP

1st Oct 2012
9am
Doc suruh pantau pergerakkan bby, mesti lebih dari 10kali bergerak..tapi hari nie bby tak bergerak cuma mengeras tue pun bila aku kacau2 bby dlm perut..
3pm
Call Doc Haizal, doc kata kalau smpai 9pm bby still tak gerak, doc suruh dtg KPMC utk check CTG..
9pm
Then malam tue Alhamdulillah bby gerak kuat sgt mlm dan gerak lebih dari 10kali..so tak risau dah..
Lately mlm memamg susah nak tido, dah dekat pg baru mata nie lelap..
Aku pun doa2 jangan la bersalin mlm nie sebab parents takde sini, dorang semua pegi Perak..

2nd Oct 2012
9am
Bby still tak gerak kalau aku tak kacau perut nie, bila dah kacau2 pun bby juz mengeras je..
Hari nie memang rest kat rumah je, malas nak kuar..lately bawah kerap sakit, nak jalan pun sakit sebab doc kata kepala bby memang dah turun dan dah engaged..
Masa last checkup doc dah kata anytime je coz rahim dah nipis..
9pm
Bby start gerak kuat dan mengeras..
10pm
Stock SNE+BE+Excel Tea+Vital Essence sampai dr HQ..sembang2..smpai 11.30pm gak la..
12am
Msg2 dgn kklg..then kklg dtg umah jap..

3rd Oct 2012
2am
Perut kerap mengeras dan kat bawah ada rasa sakit tp sakit yg mcm lately je..
Tp perut asyik mengeras yg kuat, so aku decide utk mandi n siap2 kan brg..then lps mandi ada rasa sakit..sakit mcm contraction, mata nie pandang jam tak henti nak tgk contraction nie kerap or tak..
2.30am
Kejutkan hubby..actually hubby br je tido..kesian nk kacau..
Bgtau hubby, dah ada rasa contraction, then call mama..nasib mama xtido lg..
Sementara tggu hubby mandi dan tggu mama papa smpai, mata nie sentiasa tgk jam..1st contraction td every 10min, then 8min, now 5min..
Aku sempat la buat milo panas dan mkn roti.. Then terus tggu dlm kereta..contraction dah makin kuat..masa nie dah btul2 ingat saat2 nak bersalin, nie la rasanya..
Then call Doc Haizal, bgtau Doc aku dah sakit contraction..
Masa dlm kereta nmpak ada kereta polis follow satu kereta..suspend gak aku tgk..then nmpak kereta papa dah smpai..eh, kereta polis td follow kereta papa ke? Rupanya papa drive laju sgt, tue polis tue nmpak papa kelam kabut, tue polis follow..then tahan papa, papa pun explain la..nasib takde apa kan..
3.15am
Terus hubby pecut kereta ke KPMC Puchong..mmg laju tak ingat..hubby pun dah risau tgk aku menahan sakit.. Contraction dah kuat, mmg dah rasa sakit..
Sambil drive hubby sempat call Ayah..
3.30am
Sampai KPMC Puchong..hubby bg card dan uruskan smua..aku tggu 10min gak la..nurse ingat aku sakit skit2, then aku ckp dah sakit sgt, br kelam kabut nk ambil wheel chair dan bawa naik atas..
1st labour room ada patient, so masuk 2nd labour room..nurse buat CTG, mmg contraction dah kuat sgt..aku sempat minum skit air selusuh sementara tggu Doc sampai..td Doc Haizal dah bgtau dia outstation, so Doc lain ganti..
3.50am
Doc ganti sampai, pakar puan, Doc Haslinda..Alhamdulillah, tgk dari muka dan cara dia buat keje, aku mmg puas hati..
Doc terus seluk check bukaan, terkejut bila Doc kata bukaan dh 7cm..nasib baik cpat samoai td..alhamdulillah..
Aku salam hubby minta ampun dan minta dipermudahkan..
Doc terus pecah air ketuban dan keluarkan air kencing..then masukkan air..
Ada nurse tue kata lg 2jam bersalin la nie tp doc tie kata anytime je nie..so doc kata kat nurse smua suruh get ready..
4.30am
Aku dah sakit sgt, rasa contraction pun dah kuat sgt, aku bgtau nurse dah rasa nak teran, doc dan nurse smua dah ready..actually aku agak mengantuk..tp lawan gak..1st teran tak kuat sgt, bby tak kuar lg..2nd teran dan curi nafas 2-3kali, sambung teran..
Alhamdulillah, 4.40am bby pun keluar..dgr suara bby nangis, aku rasa lega sgt..
Doc terus letak bby kat dada, aku tgk bby boy..mmg dh dijangkakan..:)
Syukur sgt bby sihat dan sempurna..hubby pun cium dahi dan ucap tq, i luv u syg!

Monday, July 30, 2012

Set Bersalin NR (Nona Roguy)


6 Rawatan Dalam Satu SetWajah baru Set Bersalin NR ( Dulu di kenali sebagai Set bersalin Nona Roguy )


Tablet Phyto Natal.(90 Tablet)
Phyto Natal di dalam Set Bersalin NR berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

Akar Herbanika.(10 Pek Uncang)
Akar herbanika di dalam Set Bersalin NR  bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.

Herbanika Lulur.( 100 gm )
Set Bersalin NR lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung.Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan semalam 1 bulan. 

Herbanika Barut.(60gm)
Krim barut di dalam Set Bersalin NR  ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin NR  ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

Minyak Herbanika.(100 ml)
Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin NR  untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.Ia juga melancarkan peredaran darahdisamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Uncang Cuci.(10 pek uncang)
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan.

Friday, July 27, 2012

Jangkitan Kuman Paru-Paru

SISTEM pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.
Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.Tanda-tanda dan gejalaIni bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
#Demam panas
#Batuk dengan atau tanpa kahak
#Sakit dada
#Tiada selera makan, tidak mahu makan
#Rasa tidak sihat, sering merengek
#Pernafasan laju atau susah bernafas
#Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
#Pernafasan laju
#Sukar untuk bernafas
#Bibir menjadi biru
#Batuk berdarah
#Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.Anda Boleh mencuba rawatan ini di rumah:
#Paracetamol
#Rehat yang secukupnya
#Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini ?
#Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
#Teruskan penyusuan susu ibu.
#Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
Contohnya:Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).

Tuesday, July 10, 2012

Perkembangan Terbaru


Assalamualaikum!
Hari nie menu breakfast nasi lemak..mmg sedap..last mkn nasi lemak, last 2weeks kot..
Bangun je pagi td dah minum oat dulu, then baru leh makan nasi lemak kalau tak mmg perut pedih la..maklumla, kitakan tak makan pedas..:
Rutin baru sejak sehari dua nie ialah makan kuih raya..hah! belum raya dah makan kuih raya kan..hehe
Apa boleh buat, selera tengah bagus, makan je la selagi blh mkn..
Now almost 7months, selera dah mula datang..kalau nak dibandingkan dengan 2-3bulan yang lepas mmg tak ada selera makan langsung, tapi sekarang Alahmdulillah dah ok..berat pun dah mula naik sikit..masa before preggy berat 43kg mcm tue..bila dah tau preggy berat 45kg..mmg payah la nak naikkan berat badan nie..makan makanan yg berunsurkan coklat hari2 baru la berat badan mula nak naik..sekarang berat terbaru 52kg..ok la kan, janji ada peningkatang..
Anak2 bujang sekarang dah makin manja, kadang tak nak berenggang dengan aku..tapi kalau bab jalan mmg dia akan cari ayah dia..pantang nampak ayah dia mandi dan bersiap, mmg membontot ayah dia kehulu dan kehilir..hehe
Anak bujang pun dah makin lasak, 24hrs buat keje..mengalahkan Ummi dia buat keje..
Bangun je tido, dorqng dah start keje, keluarkan mainan melambak
2, pastu memanjat kerusi meja, panjat tangga, panjat gate rumah, panjat almari tv..nasib baik tv pasang kat wall, kalau tak, tak tau la apa jadi..hehe..
Dorang nie buat keje time Ummi dia pun buat keje, serentak..kalau time Ummi dia duduk ada depan mata, dorang buat juga keje tapi yg basic2 je la..hehe
Nie la dia bila dah ada dua orang hero, mmg buat keje bersama..sorang buat, dua2 buat..
Kalau nak diikutkan, Affique nie tak pandai nak buat keje sangat, dia akan leka tgk tv or main mainan dia tp sejak dah ada adik nie, Adik dia lq yg banyak mengajar dia buat keje..Aqeef nie mmg ringan tulang, mmg susah nak tengok dia duduk seminit pun, ada je keje dia..Affique pun sekarang jadi terikut dengan Aqeef tapi Affique tak pandai memanjat or usik barang sangat tapi Aqeef mmg suka memanjat dan mengusik barang, lagi kita halang lg dia nak buat..kadang aku biar je dia buat keje..bila dia dah jatuh or terhantuk Aqeef akan mengadu then dia akan sambung memanjat balik, sakit kejap je..hahaha
Kadang bila aku duduk sorang2 tue aku tergelak sendiri bila tgk ragam anak2 bujang aku yg dah makin membesar nie..Alhamdulillah, dorang active dan pekembangan otak dorg pun bagus, bagus la bila dorang tak duduk diam tue, thats mean dorang sihatkan..aku pun suka, syukur!

So adik dorang lepas nie tak sure lagi lelaki or perempuan, aku xptak kisah sangat, janji anak sihat, tue yg paling penting..tapi kalau tengok gaya aku nie, aku rasa lelaki la juga..
Mula2 scan doc kata boy, then scan next month nya doc kata mcm girl..so doc kata 50-50..coz tak clear lagi..
Takpe la, mayb dia nak surprise kan Ummi dan Ayah dia..:-)

Next month baru nak pegi scan 4D, nak tgk details baby, hopefully semua ok..amin..:-)

Thursday, June 14, 2012

Positive Result

"I just missed period for 3days and the pregnancy test was positive..Its happen when im pregnant for my first and second bby also.."

Cepatkan aku dapat kesan? Memang cepat..masa lambat datang bulan tue aku dah dapat agak tapi aku diam je..then bila aku ikut hubby g Taipan, aku singgah Guardian jap nak beli pregnancy test..
Sampai umah, terus buat, dan keputusannya "positive" ada dua line..hahaha
Aku dah agak tapi cuma nak kepastian..
So beberapa hari lepas tue hubby bawa aku gi check up kat klinik Mais ( Pusat Rawatan Islam) Doc buat pregnancy test lagi dan keputusannya still positive..doc scan ada ketulan darah, still awal lagi, belum ada degupan jantung so doc suruh datang next month. Coz bila kira dari last date period bby dah 4weeks tapi size bby still kurang dari 4weeks. So doc bg ubat Acid Folic untuk sebulan, then datang check up balik next month.
Begitu la kisahnya aku pregnant 3rd bby nie..Rezeki tue dari Allah, aku terima dan bersyukur sangat..
Kalau ada yg kata "cepatnya" "awalnya" "rapatnya", jawapannya mudah..Nie semua rezeki Allah bagi..ada orang tue yg dah kawin 10tahun pun still tak dapat anak, kira aku bertuah la Allah bagi aku anak ramai dan cepat..sekarang mungkin aku penat skit sebab anak2 aku rapat tapi Insya'Allah, 5-10tahun akan datang, aku dah senang, anak dah mula membesar..Insya'Allah, kita doa je yg elok2, semoga dapat yg elok2..amin..
Muhammad Affique Rizqi dan Muhammad Aqeef Rizqi bakal jadi abang..Abang kecil..hehe

ok nnti aku sambung cerita lagi..:-)

Saturday, May 26, 2012

Petua Meredakan Batuk/ Batuk Berkahak

Batuk/ Batuk berkahak

Banyak kegunaan limau nipis, tapi ramai yang tidak amalkan kebaikannya.
Kalau anda di luar sana mengalami batuk yang lambat sembuh setelah puas makan ubat dari klinik, jom cuba petua aku nie.

Meredakan Batuk
Perah Limau Nipis didalam sesudu besar.
Kemudian campur dengan sesudu madu asli, kacau dan minum.
Amalkan sekerap yang boleh. InsyaAllah boleh menyembuhkan batuk.

Batuk Berkahak
Perahkan limau nipis ke dalam sudu besar dan cubitkan sedikit garam.
Kacaukan. Minum.
InsyaAllah boleh menyembuhkan batuk dan mencairkan kahak.

Aku sekeluarga memang selalu mengamalkannya. Bayi pun boleh cuba cuma kurangkan sukatan kepada sudu kecil je..:-)


Petua Mengempiskan Perut

Hari nie aku nak kongsi petua yang selalu aku amalkan. Kalau berminat boleh la cuba ye. Petua nie senang je, tak banyak modal, takyah nak beli prodpuct2 kecantikan yang mahal2, juz guna barang2 yang dh ada kat dapur tue je. Cuma Petua nie makan masa skit la, bukan la on time dapat hasilnya, kita kena amalkan selalu, insyaAllah..

Ambil sekeping Asam Keping, cuci. Rendam dalam segelas air panas, biarkan dalam 15min, pastu minum. AMALKAN minum setiap hari pagi dan malam.
Senangkan? Jimat pun jimat..:-)
Jom cuba!




Thursday, May 24, 2012

Panduan Bagi Memudahkan Proses Bersalin (Normal)

1) Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perin eum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda bena r-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


2) Senaman Kegel
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan
dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


3) Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4) Tidur yang Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5) Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6) Teman Kuat semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7) Pengguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8) Baring Mengiring Ke kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9) Makan yang secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Monday, April 9, 2012

Mama ku Tersayang!

Lama juga la tak update blog nie. Actually ada type citer tp byk draft je. Nanti ada masa lebih blh post semua yg draft tue.
Hari nie Birthday Mama ku tersayang. Malam tadi kami adik beradik celebrated bersama. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Hari nie Mama genap 52yrs. Aku bersyukur sangat sebab dapat celebrated Birthday Mama. Semoga Mama sihat selalu dan dimurahi rezeki. Amin.
Mama merupakan ibu yg terbaik bagi ku. Dia sentiasa ada dekat dengan aku tak kira masa, susah mahu pun senang. Dia tak pernah mengeluh. Apa yg aku nak, dia akan sentiasa penuhinya tak kira la apa sekali pun yg aku minta, dia tak penah kata tak boleh. Aku juga sentiasa faham akan Mama, aku tak pernah minta yg melampau2.Kadang aku tak minta tapi Mamamn seolah2 faham apa yg aku mahukan. Dia memang ibu yg terbaik!
Mama, tiada siapa pun dapat menggantikan tempat mama dihati Dyla. Dyla sayang Mama.